ASSALAMUALAIKUM

Friday, 12 June 2015

Suka Duka Mejayakan Program

Alhamdullillah, selesai 3 program untuk semester ini. Akhirnya tercapai jugak almanak aku untuk menjalankan 3 program tuk semester ini dan 3 program tuk semester depan.
Berat bebanan untuk memikul sebagai pengarah dan ex- officio menjadi satu detik kebahagian apabila semua berjalan dengan lancar.
Tidak dinafikan untuk menjalankan sesuatu program mempunyai rintangan dan halangan. kadang-kadang sampai nak nangis, fikirkan masalah program dan bilangan peserta. Halangan dan rintangan menjadi satu kekuatan untuk menjadikan program itu lebih sempurna.
Disebalik ringtangan itu juga ada kebaikan. Dimana kita boleh lihat gerak kerja kita dan kawan. kadang-kadang sampai gaduh, untuk memikirkan idea untuk menjadikan program lebih hebat.
Alhamdulillah, my first program for this sem is the creative pearl crumble. I am as a board of director for this program. This program is about the creativity beading. From this program i can learn about the sewing.


Diiringin dengan program yang kedua iaitu program bicara hati seorang ibu. program ini adalah bertujuan untuk menyedari mahasiswa dan mahasiswi tentang pengorbanan seorang ibu. Program ini ditampilkan dengan 3 orang ahli panel, dimana ahli panel tersebut terdiri daripada ibu yang berpenyakit kanser, ibu tiri dan ibu muda. Apa yang saya dapat simpulkan daripada program tersebut ialah, betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu. Ibu sanggup melihat anaknya gembira walaupun beliau dalam kesusahan mahupun sakit. Ibu lebih mengutamakan hak dan kebajikan anak-anaknya dari dirinya sendiri.


program terakhir untuk semester ini ialah keringat sihat 2.0. Program ini adalah bertemakan kesihatan dimana ia diadakan senaman aerobik selama 45 minit untuk satu sesi. Apa yang istimewa program ini adalah mahasiswa dan mahasiswi dapat menghilangkan tekanan (stress). Alhamdullilah ianya berjalan dengan lancar walaupun dirancang dalam masa yang singkat iaitu satu minggu.

Terima kasih kepada semua ajk pelaksana program menjayakan program tersebut. Dan tak lupa juga kepada felo penasihat yang banyak membantu dalam menjayakan program tersebut.